Halaman

Khamis, 6 Ogos 2015

Kaedah Mengesan Jantina Bayi Dalam Kandungan


Semasa hamil, antara perkara yang paling suami isteri teruja adalah ingin tahu adalah jantina bayi. Di sini ada beberapa cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengesan jantina bayi. Tapi sekadar sebagai panduan. Sebab di akhir nanti semuanya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa untuk menentukannya. Tak kisah samada lelaki atau pun perempuan, yang penting sihat walafiat.

Berikut adalah cara-caranya:

1- Menguji Urin Menggunakan Baking Soda



Dalam ujian ini, yang diperlukan hanyalah urin ibu dan juga sesudu baking soda. Tujuannya adalah untuk menguji tahap keasidan pH kencing si ibu. Campurkan  1sudu baking soda ke dalam urin. Sekiranya ia menghasilkan buih yang banyak, insya Allah jantina bayi anda ialah lelaki. Tetapi sekiranya tidak ada apa-apa tindakbalas, dikatakan bayi tersebut adalah perempuan.

2- Cincin dan Benang



Cara ini memang macam tak masuk akal. Tetapi mungkin ramai juga yang pernah mencubanya. Ambil benang dan ikat cincin si ibu. Kemudian pegang di atas perut ibu mengandung. Sekiranya cincin tu mula bergerak membentuk bulatan maka jantina bayi tu adalah perempuan. Tapi, sekiranya cincin itu bergerak ke depan dan belakang, maka kemungkinan besar si manja adalah bayi lelaki! Ini sekadar untuk suka-suka je tau.

3- Degupan Jantung Bayi

Kalau ibu pergi membuat pemeriksaan di klinik, cuba tanya jururawat berapa bacaan degupan bayi. Kalau di bawah 140, dikata adalah bayi lelaki, tapi kalau di atas 140, mungkin anda akan bakal melahirkan bayi perempuan.

4- Bentuk Perut Ibu

Orang tua-tua pakar bab ni. Sekali mereka melihat perut si ibu,  mereka dapat tahu anak lelaki atau perempuan berdasarkan bentuk perut sahaja.

Kesimpulannya, kalau bulat – anak perempuan, kalau sedikit lonjong ke depan – anak lelaki

5- Mengidam



Cuba ibu tanya diri sendiri. Suka mengindam yang manis-manis atau suka yang masin-masin. Sekiranya si ibu suka sangat yang manis-manis.. insya Allah yang lahir nanti pasti si gadis cilik yang manis.. Dan sekiranya suka yang masin.. kemungkinan besar yang keluar nanti adalah si hero yang kacak.
6- 'Morning Sickness'

Bagi ibu yang mengalami 'morning sickness' di peringkat awal kehamilan, kemungkinan besar akan melahirkan bayi perempuan. Sekiranya bayi lelaki pula, sebaliknya. Tapi rasanya lain orang, lain alahannya.

7- Meneka Jantita Bayi Menggunakan ‘Kalender Cina’

Cara ini hampir 99% tepat. Dikatakan kalender ni ditemui di dalam kuburan salah seorang kerabat diraja Cina pada zaman dahulu kala.

Berikut adalah di bawah ni jadualnya.




KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan