Apabila isteri telah disahkan hamil, terutamanya hamil anak
pertama, sudah pasti pasangan akan berasa amat bahagia. Tetapi di dalam kegembiraan menanti kehadiran cahaya mata mereka, pasangan suami isteri
diselubungi rasa takut untuk melakukan hubungan intim. Mereka bimbang jika
melakukan hubungan intim, ia mungkin akan menjejaskan kandungan. Hakikatnya, hubungan intim semasa hamil adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai banyak
kebaikan kepada ibu, bapa dan juga bayi di dalam kandungan.