
Panduan untuk isteri ambil kira supaya apa yang didambakan oleh suami ketika sesi intimasi dapat dipenuhi :
Pakaian (Lingerie) Yang Seksi
Tidak menjadi kesalahan untuk membeli pakaian (lingerie) yang seksi khas untuk membuatkan suami teruja dan ghairah. Suami akan mudah terangsang dengan elemen-elemen seksi, lebih-lebih lagi jika si isteri yang memakai hanya pakaian dalam ketika dihadapannya. Terdapat banyak pilihan dan kebiasaannya fabrik satin dan renda antara yang popular.
Foreplay
Hubungan intim bukan boleh dilakukan secara tiba-tiba. Sudah tentunya ia memerlukan sentuhan, belaian dan cumbuan mesra terlebih dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Oleh itu, sama-samalah bergurau senda untuk bermesra dan bermanja sebagai permulaan.
Spontan
Suami lebih sukakan aksi yang spontan. Oleh itu, tidak perlu untuk merancang sesuatu hubungan intim itu kerana ia akan jadi lebih kekok dan kurang kepuasan.
Isteri Mengambil Inisiatif
Suami lebih gemar untuk memulakan hubungan intim walaupun isteri bukan dalam mood yang sama. Tetapi bagi suami, adalah satu penghargaan sekiranya isteri boleh menunjukkan semangat ketika bersama dalam menjalin hubungan intim dan akan lebih teruja sekiranya ia dimulakan oleh isteri.
Berani Cuba Posisi Baru
Suami lebih gemar untuk mencuba sesuatu yang baru ketika sesi intimasi ini. Suami sering berharap, sekiranya sumai ingin akan posisi yang baru, maka si isteri lebih terbuka menerima keinginan itu.
Puaskan Isteri
Suami tidak akan membiarkan hanya dirinya sahaja yang mencapai kepuasan (klimaks). Suami juga mahukan isteri turut mencapai klimaks. Kadang-kadang terdapat juga isteri yang sukar untuk mencapai klimaks, akan tetapi suami juga perlu lebih terbuka untuk mencuba cara tertentu supaya isteri juga turut mencapai klimaksnya.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan