Halaman

Isnin, 10 Ogos 2015

Lima rahsia 'sentiasa' mengekalkan rasa cinta di alam perkahwinan


Antara lima rahsia ‘sentiasa’ yang anda boleh jadikan amalan untuk mengekalkan rasa cinta dalam alam perkahwinan anda adalah seperti yang berikut :


Rahsia ‘sentiasa’ pertama : Sentiasa cintai pasangan anda.
Dilarang sama sekali anda menukarkan perasaan cinta kepada perasaan benci atau memberikan cinta anda kepada selain dari isteri anda. Sentiasa mencintai dirinya. Seandainya anda sentiasa dan terus mencintai isteri anda, kebahagiaan dalam alam perkahwinan anda akan terus kekal.

Rahsia ‘sentiasa’ kedua ; Sentiasa bersatu hati.
Lakukan semua perkara secara bersama walaupun perkara itu adalah kecil dan mudah. Pasangan anda perlu tahu perkara yang anda sedang usahakan dan anda juga perlu mengambil tahu perkara yang pasangan anda sedang usahakan. Apabila anda berdua sentiasa bersatu hati dalam semua perkara, cinta akan sentiasa mekar di alam perkahwinan anda.

Rahsia ‘sentiasa’ ketiga ; Sentiasa tidak lupa mencium pasangan anda.
Pastikan hari-hari mendatang anda dipenuhi dengan ciuman dan pelukan dari pasangan anda. Saling menggoda secara fizikal akan meningkatkan rasa cinta dan kekuatan cinta akan terus bertambah apabila tarikan seskual yang kuat antara anda berdua.

Rahsia ‘sentiasa’ keempat: Sentiasa berkomunikasi dan berkongsi impian.
Apabila anda sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan lebih kenal dia secara dalaman. Ini akan membuatkan rasa sayang anda terhadap isteri anda akan bertambah. Komunikasi juga akan membantu untuk membuka hati anda berdua untuk sentiasa saling berkongsi impian. Apabila anda berkongsi impian, anda berdua akan lebih mempercayai antara satu sama lain dan rasa cinta juga akan meningkat.

Rahsia ‘sentiasa’ kelima : Sentiasa gembira dengan pasangan anda.
Sekiranya dia bersedih, anda perlu dengan segera menggembirakan pasangan anda. Anda juga perlu sentiasa gembira dengan pasangan anda. Apabila anda berdua gembira, cinta akan sentiasa mekar di alam perkahwinan anda.

KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan