
Tanda-tanda sakit di bahagian badan memberikan beberapa maksud tertentu. Ramai orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan berikut ini supaya anda memahaminya. Keterangan di bawah ini merupakan antara informasi yang terbaik.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan mempunyai hubung kait dengan fungsi badan kita yang lain. Baca dan fahamilah untuk menilai tahap kesihatan diri anda kerana informasi ini bagus sebagai bahan rujukan. Walau apa pun, sekiranya ada masalah dengan tubuh badan bersegeralah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit tersebut hanya datang walau seketika kerana dikhuatiri dengan seketika itu adalah untuk memberi petunjuk yang kita ini sebenarnya sakit.
1. BADAN
a) BADAN TERASA RINGAN : Menunjukkankan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
b) RASA SAKIT : Secara umumnya, kebanyakkan kesakitan badan adalah berpunca dari saluran darah.
i) Sakit yang menyucuk : Proses penyeimbangan urat saraf.
ii) Sakit sengal : Menunjukkan terdapat luka di dalam badan.
iii) Sakit menegang : Proses untuk melancarkan aliran darah.
iv) Sakit yang menyentap : Proses penyeimbangan urat saraf yang berkaitan rapat dengan organ-organ badan.
c) BADAN TERASA PANAS : Menandakan badan perlukan banyak air untuk menjalankan proses membuang toksin. Badan mengandungi asid berlebihan.
d) BADAN TERASA BERAT / MALAS / LENGUH . Proses penyeimbangan. Badan mengandungi asid berlebihan.
2. MATA (Berkaitan dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi kabur : Kerap terjadi pada waktu pagi. Menunjukkan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
b) Keluar tahi mata : Lemah fungsi hati, sedang berlaku pembuangan toksin. Petunjuk bahawa badan mengandungi asid berlebihan. Menunjukkan juga angguan emosi yang bersangkut paut dengan hati atau bebanan kerja.
c) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menunjukkkan badan sedang dalam proses pembuangan toksin.
d) Ketegangan pada mata dan kelopak : Berlakunya tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
3. BATUK
a) Batuk yang mengeluarkan kahak : Berlaku proses pembuangan toksin di kerongkong.
b) Batuk tidak kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
c) Batuk dan terasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada mereka yang banyak merokok atau terdedah kepada udara tercemar.
4. HIDUNG (Hidung berkait rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Berlaku proses pembuangan toksin di kerongkong. Asid berlebihan terkandung dalam badan (biasanya suhu badan akan meningkat).
b) Hidung tersumbat : Proses penyeimbangan masalah alahan hidung. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
c) Bersin
i) Proses membuang toksin di kerongkong.
ii) Proses penyeimbangan masalah alahan hidung.
5. BIBIR (Bibir berkait dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
b)Bibir menjadi pucat
i) Sistem penghadaman menjadi lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Berlakunya kurang darah yang berpunca oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
6. MULUT DAN LIDAH : (Berkait dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah).
a) Lidah atau gusi menjadi bengkak dan terasa sakit : Menandakan jantung sedang bermasalah, contonya lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses menyeimbangkan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) SAKIT DI SENDI
i) Terasa panas : Menandakan terdapat luka di bahagian sendi yang berkenaan dan tanda-tanda penyakit gout.
ii) Tidak rasa panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menunjukkan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS DI TANGAN : Aliran darah tidak lancar di bahagian atas badan.
c) KEBAS DI TANGAN KIRI DAN LENGAN : Menunjukkan berlakunya lemah atau sakit jantung. Sekiranya rasa kebas ini menjadi sakit di bahagian lengan seterusnya kekal di sana, ini menunjukkan serangan sakit jantung mungkin akan berlaku.
d) KEBAS DI KAKI : aliran darah tidak lancar di bahagian bawah badan.
e) SAKIT DI TAPAK KAKI : Menunjukkan buah pinggang lemah. Kebiasaannya disebabkan oleh kurang senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT DI TUMIT KAKI : Menandakan lemah fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Menyeimbangkan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menandakan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
8. MULUT / KERONGKONG / LIDAH
a) LOYA / MUNTAH : Menandakan penyakit lelah. Proses pembuangan bahan toksik dari bahagian perut sedang berlaku.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Terjadinya pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
ii) Darah hitam : Terjadinya pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut, contohnya penyakit ulser.
9. TANDA-TANDA DALAMAN
a) KEPALA : Amnya, segala tindakbalas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) PENING ATAU SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA : Menunjukkan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat beban mental serta banyak berfikir.
c) RASA PENING YANG MEMUSING : Menandakan kurang darah atau aliran darah yang tidak lancar.
d) SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit migrain.
e) BISUL TERJADI DI KEPALA : Pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) PENING ATAU SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Di bahagian atas : Menandakan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Di bahagian bawah (tengkuk). Menandakan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
10. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT / KERAP BUANG AIR BESAR : Berlakunya proses membersihkan kotoran atau keracunan dari usus besar.
b) SEMBELIT : Proses membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERWARNA HITAM : Menandakan proses membuang toksin di bahagian usus sedang berlaku.
d) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Berlakunya masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Berlakunya masalah penyakit ulser perut.
11. TELINGA: (Berkait dengan buah pinggang).
a) Telinga terasa seperti tersumbat : Toksin berlebihan terkandung di buah pinggang .
b) Telinga terasa berdengung : Sedang berlaku proses merawat buah pinggang yang lemah. Kebiasaannya tapak kaki akan terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
12. KERONGKONG
a) Kerongkong terasa kering. Berlakunya proses pembuangan toksin di seluruh badan. Menandakan bahawa badan kita perlukan banyak air untuk pembuangan toksin.
b) Sakit di kerongkong. Sama seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
13. RAMBUT GUGUR : Menunjukkan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses keguguran rambut, rambut akan tumbuh kembali dengan lebih sihat dan subur.
14.KENCING
a) KERAP KENCING : Menandakan buah pinggang mengandungi kotoran.
b) AIR KENCING BERKAPUR : Menandakan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERDARAH : Menunjukkan penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
d) AIR KENCING BERMINYAK : Menandakan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
e) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menunjukkan proses membuang toksin sedang terjadi.
15. KULIT TERASA GATAL AKIBAT RUAM : Proses penyingkiran toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
16. LIDAH TERASA TEGANG DAN PENDEK : Menandakan sakit jantung
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Berlakunya proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
19. KULIT Berpeluh.
a) Berpeluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh yang berbau : Proses penyingkiran toksin dalam badan melalui perpeluhan.
20. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Menunjukkan lemah fungsi buah pinggang dan tenaga batin.
22. CEPAT NAIK DARAH / MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RUAM DAN BISUL : Badan sedang menyingkirkan toksin yang bertoksin dan berlemak yang tidak larut dalam air.
25. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses membuangkan toksin yang larut dalam air.
Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis





Tiada ulasan:
Catat Ulasan