Sekiranya
ingin menyempurnakan agama dan memperolehi rezeki yang banyak, maka berkahwinlah.
Selama di alam perkahwinan, bahagiakan isteri kerana membahagiakan isteri boleh
melancarkan rezeki. Jangan sakiti hati isteri kerana suami yang menyakitkan
hati isteri akan disempitkan rezekinya oleh Allah. Jika berlakunya masalah
dalam rumahtangga, selesaikan dengan cara yang ma'ruf. Perceraian adalah pilihan
terakhir yang harus ditempuh, kerana perceraian walaupun halal tapi ianya
dibenci oleh Allah.
Sebelum
berkahwin penting bagi setiap lelaki untuk mengenali wanita yang akan
dinikahinya. Kerana wanita inilah yang akan menjadi pendamping hidup dan ibu
dari anak-anaknya kelak. Berikut ini ciri-ciri wanita yang akan membawa rezeki
buat suaminya.
# 1. Wanita
yang taat pada Allah dan rasulNya.
Ada empat
faktor yang menjadi pertimbangan sebelum mengahwini seorang wanita, iaitu
kerana (1) kecantikannya, (2) keturunannya, (3) hartanya dan (4) agamanya. Kita
diperintahkan untuk memilih wanita kerana faktor agamanya, beruntung sekali
jika memperolehi keempat-empatnya. Wanita yang taat pada Allah dan RasulNya
akan membawa rumahtangga menuju syurga, menuju ketenteraman. Rumahtangga yang
tenteram, aman, bahagia adalah rezeki yang sangat berharga. Rumahtangga yang
dinahkodai suami yang soleh didampingi isteri yang solehah akan menjadikan
rumahtangga itu berberkat, dikurniakan anak-anak yang soleh / solehah,
mendapatkan redha dan rahmat Allah.
# 2. Wanita
yang taat pada suaminya.
Jika aku
boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku akan
menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya (H.R. Tirmidzi dan Ibnu
Majah). Sepanjang perintah suami tidak bertentangan dengan agama, maka isteri wajib
mentaatinya. Ketaatan seorang isteri pada suaminya akan membuat hati suami
tenang dan damai dan boleh menjalankan kewajibannya mencari rezeki yang halal
untuk keluarga. Bagi wanita yang bekerja di luar rumah boleh tetap bekerja
sepanjang suaminya mengizinkan dan kewajibannya untuk menjaga diri dengan baik
di tempat kerja.
"Lelaki
adalah pemimpin atas wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari
mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan dengan sebab sesuatu
yang telah mereka (lelaki) nafkahkan dari harta-hartanya. Maka wanita-wanita
yang soleh adalah yang taat lagi memelihara diri di belakang suaminya
sebagaimana Allah telah memelihara dirinya". (Q.S. An Nisa : 34).
# 3. Wanita
yang melayani suaminya dengan baik.
Tugas utama
isteri adalah menjalankan tugas rumahtangga dengan sebaik-baiknya, melayani
suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Isteri yang baik berusaha
melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanannya, menyiapkan
keperluannya, memenuhi keperluan batinnya, menjaga perasaan suaminya jangan
sampai suaminya terluka kerana sikapnya. Wanita yang demikian akan menjadi
kesayangan suaminya dan boleh menjadi pasangan hidup yang baik dalam mewujudkan
rumahtangga yang sakinah dan menarik hal-hal postif dalam rumahtangganya,
termasuk rezeki bagi suaminya.
# 4. Wanita
yang berhias hanya untuk suaminya.
"Sesungguhnya
dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita
solehah" (H.R. Muslim). Adalah normal bagi wanita yang suka bersolek
dan berhias, tapi wanita yang solehah hanya berhias dan menampakkan perhiasan
untuk suaminya. Wanita yang jika dipandang suaminya selalu menyenangkan dan
tahu bagaimana menyenangkan suaminya. Bahkan malaikat pun mendoakannya akan
memudahkan rezeki datang padanya.
# 5. Menjaga
kehormatan dan harta suami jika ditinggal
Ketika suami
keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah harus menjaga
kehormatannya, menjaga dirinya dari tetamu yang tidak diundang, membatasi
keluar rumah jika tidak terlalu penting. Harta suami yang dinafkahkan padanya
dipergunakan pada hal-hal yang bermanfaat dengan izin suaminya. Wanita seperti
ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai balasan dari ketaatannya
kepada Allah dan kesetiaan pada suaminya.
# 6. Wanita
yang senantiasa meminta redha suami atasnya
Wanita ini
tahu bagaimana menyenangkan hati suaminya. Menjaga sikap dan tingkahlaku agar
tidak menyinggung dan melukai perasaan suaminya. Dia selalu berusaha agar
suaminya tidak marah padanya. Dia tidak akan pergi tidur dalam keadaan marah
atau meninggalkan suaminya dalam keadaan marah sampai memperoleh maafnya.
Mengajak suaminya bersenda untuk menceriakan perkawinannya. Berusaha mendidik
anak-anaknya dengan baik. Menjaga rahsia perkahwinan dari orang lain. "Mahukah
kalian kuberitahu isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga iaitu isteri yang
penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya, dimana jika
suaminya marah dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan
suaminya seraya berkata " Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha"
(H.R.An Nasai). Isteri seperti ini adalah isteri yang dimudahkan rezekinya
melalui tangan suaminya kerana amalan dan kesetiaan pada suaminya,
# 7. Wanita
yang menerima pemberian suami dengan ikhlas
Wanita yang
tidak pernah mengeluh berapa pun rezeki yang dibawa pulang suaminya. Selalu
ikhlas menerima dan menghargai apapun yang diberikan suami kepadanya. Banyak
disyukuri, sedikit pun diterima dengan ikhlas. Wanita seperti ini adalah wanita
yang mensyukuri rezekinya. Allah sudah menjanjikan bahwa jika kita bersyukur
Dia akan menambah rezeki kita. Wanita yang bersyukur dan ikhlas rezekinya
sentiasa bertambah samada bilangan mahupun keberkatannya yang akan diberi Allah
terus kepadanya ataupun melalui suaminya.
# 8. Wanita
yang boleh menjadi pasangan meraih redha Allah.
Wanita yang
menjadikan rumahtangganya sebagai ibadah dan pengabdiannya kepada Allah boleh
menjadi teman berbincang yang berimbang bagi suami, boleh melakukan teguran
dengan penyampaian yang lembut kepada suaminya. Mendengarkan nasihat dan
kata-kata suaminya dengan penuh perhatian. Sebelum melaksanakan ibadah sunat
seperti puasa sunat meminta izin daripada suaminya dan tidak melaksanakan jika
tidak diizinkan. Boleh menjadi pendorong dan motivator suami untuk meraih
kejayaan dunia dan akhirat. "Disebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita
hebat di belakangnya". Kerana wanita seperti ini adalah rezeki utama
suaminya.
# 9. Wanita
yang tak pernah putus doa untuk suaminya.
Wanita yang bersyukur
adalah wanita yang menerima semua kehendak atau takdir Allah padanya dan akan
tetap berusaha melakukan yang terbaik termasuk dengan mendoakan suami dan
anak-anaknya agar berjaya dunia dan akhirat. Wanita ini tidak pernah putus doa,
malah menjadikannya sebagai rutin harian, penghias bibir setelah solat. Wanita
ini tahu bahawa rezeki suaminya akan ditambah dan diberkati jika dirinya
sentiasa melibatkan Allah pada langkah suaminya melalui doa-doa yang
dipanjatkannya setiap hari.
Itulah 9
ciri-ciri wanita atau isteri yang akan membawa rezeki bagi suaminya. Betapa
beruntungnya seorang lelaki jika mendapatkan isteri dengan ciri-ciri seperti di
atas. Jika isteri masih belum memiliki ciri-ciri seperti di atas adalah tugas
suami untuk mendidik isterinya, kerana isteri adalah tanggung jawab suaminya
dan dia akan ditanya di akhirat tentang hal itu. Wallahu alam.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan