Halaman

Selasa, 4 Ogos 2015

Rahsia disebalik daun kari


MUNGKIN MASIH RAMAI YANG TIDAK TAHU AKAN KHASIAT DAUN KARI

1. Penawar kepada buasir dan cirit birit.
Daun kari boleh dibuat sebagai tonik herba bagi menguatkan perut, meningkatkan keupayaannya dan mengatasi masalah penghadaman. Daun kari juga boleh digunakan sebagai julap (laksatif) lemah bagi mengatasi sembelit. Selain dari itu, jus daun kari yang dicampurkan dengan madu juga mampu menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Loya dan pening
Jus daun kari yang segar dan dicampur dengan jus limau nipis sesuai digunakan untuk atasi masalah loya dan pening . Kaedahnya adalah dengan mencampurkan 1 sudu teh jus daun kari dan 1 sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan duntuk mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea) serta mampu untuk menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung.

3. Kencing Manis (Diabetes)
Rebus kulit batang pokok kari yang telah kering dan diminum airnya. Berupaya untuk mengawal kencing manis (diabetes). Dikatakan juga dengan mengamalkan makan 10 helai daun kari pada setiap hari selama 3 bulan mampu mencegah kencing manis yang berpunca dari keturunan dan kegemukan.

4. Rambut panjang dan sihat

Campurkan 1 sudu makan minyak kelapa dengan 1 genggam daun kari. Masak daun kari hingga hangus. Setelah ia sejuk, boleh digunakan sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
Buah pokok kari dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkannya dan tampal di tempat gigitan serangga atau haiwan berbisa.

6. Bengkak dan lebam
Daun kari dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

7. Untuk kecantikan dan kesihatan diri
Dengan mengamalkan meminum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan