Halaman

Khamis, 30 Julai 2015

7 ciri jejaka masih teruna


Antara 7 ciri-ciri jejaka yang masih teruna ialah :


1. Perutnya Yang Mendatar

Lelaki yang masih teruna mempunyai bentuk perut mendatar jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang telah hilang teruna atau berkahwin. Ini disebabkan jika seseorang lelaki sering melakukan hubungan intim bentuk perut mereka berubah menjadi buncit.

2. Punggungnya Yang Berisi

Bahagian punggung lelaki yang masih teruna kelihatan berat dan berisi. Mereka yang pernah melakukan hubungan intim membuatkan punggung mereka tidak kelihatan atau setidak-tidaknya tidak berisi seperti ketika masih teruna.

3. Kelopak Mata Yang Cerah

Di bahagian bawah kelopaknya adalah cerah. Ini kerana mereka tidak mengeluarkan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti onani (masturbasi). Sebaliknya jejaka yang telah hilang terunanya memiliki kelopak mata berbentuk cekung serta berwarna kehitaman kerana tenaga dalam badan yang keluar semasa aktiviti onani.

4. Perasaan Ghairah Yang Terpendam

Seorang jejaka yang tak pernah melakukan hubungan intim dengan wanita, kebiasaannya mempunyai perasaan ghairah yang terpendam. Kebiasaanya selepas bangun tidur di pagi hari, alat kelaminnya akan tegang (bangun). Jejaka yang masih teruna akan sering mimpi basah dan lelaki yang sudah tidak teruna tidak akan pernah mengalami mimpi seperti itu lagi.

5. Suka Memandang Wanita Cantik

Jejaka teruna suka akan melihat perempuan cantik pada bahagian wajahnya berbanding lelaki telah hilang teruna yang lebih suka melihat pada tubuh wanita. Apabila jejaka teruna bertentang mata dengan wanita cantik, dia dengan segera akan mengalih pandangannya berbanding lelaki tak teruna yang akan mengekalkan pandangannya.

6. Malu Untuk Berbicara DBersama Wanita Cantik

Apabila jejaka teruna bersua dengan wanita cantik, dia akan terasa malu membuka mulut untuk makan atau berbicara di hadapan wanita cantik. Lelaki teruna kelihatan seperti “dalam sesi temuduga” apabila berbicara dan badannya kelihatan kaku. Dia akan sentiasa menunduk apabila dipandang oleh wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir dengan tujuan melindungi senyumannya) tetapi lelaki yang telah hilang terunanya akan menunjukkan reaksi bersahaja.

KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan