Halaman

Jumaat, 31 Julai 2015

Keinginan Isteri Semasa Bersetubuh



Bagi pasangan yang telah sah bergelar suami isteri, hubungan intim pastinya akan menjadi bosan sekiranya setiap kali melakukan posisi atau aksi yang sama. Mungkin suatu ketika si suami sepatutnya memberi layanan yang istimewa buat si isteri. Begitulah sebaliknya, giliran si isteri pula membahagiakan seks bersama suami.

Bagi suami, adakah anda tahu kehendak sebenar isteri ketika anda melakukan hubungan intim? Sebahagian isteri menginginkan suaminya melakukan aksi biasa, ada pula yang mendambakan posisi yang berlainan supaya lebih kemesraannya dan keseronokkan. Mungkin perkara-perkara berikut ini boleh membantu anda untuk memuaskan hati si isteri dikala berhubungan intim.

Tanggal pakaiannya secara perlahan-lahan
Sifat semulajadi wanita anataranya adalah berjiwa yang mudah sensitif. Oleh itu, untuk menyemarakkan sesi intim anda berdua, cuba tanggalkan pakaiannya secara perlahan-lahan, helaian demi helaian. Bukan hanya terpancar perasaan teruja di raut wajah suami kala menanggalkan pakaian isteri, malah akan membuatkan isteri turut jatuh hati sekali lagi kepada anda. Jangan terkejut!

Manjakan si isteri
Wujudkan satu malam sebagai saat dimana hanya layanan istimewa buat si isteri. Manjakan isteri dengan ciuman manja, urutan lembut ke seluruh tubuhnya, Lakukan gurauan dengan cara menggeletek, dan layaninya sehingga isteri kepenatan dan dakap erat tubuhnya. Malam berikutnya akan pasti si isteri membalas kembali layanan istimewa yang anda telah hadiahkan.

Mendukung si isteri
Bermula dengan ciuman kasih sayang dan sentuhan manja. Angkat isteri anda dengan posisi mendukung dari arah hadapan. Sekiranya anda kurang yakin dengan kemampuan anda dan berat badan isteri anda, cuba lakukannya di bahagian dinding untuk dijadikan sebagai penyokong di bahagian belakang isteri. Ini membantu utnuk memudahkan sesi awal hubungan intim kalian.

Gerak secara agresif
Sebahagian wanita suka akan cara gerak agresif ini untuk mempertingkatkan deria rangsang seks mereka. Lakukan dengan cara yang lembut seksi serta sedikit agresif, dakap erat isteri anda dari arah belakang dan posisi tangan di bahagian depan lehernya. Pasti si isteri mudah terpesona dengan cara ini.

Mood romantik
Di kala malam hari lahir isteri, jadikan ia satu malam yang sangat romantik. Sebahagian isteri suka sekiranya suami melakukan perkara-perkara yang romantik. Goda dengan taburan kelopak bunga ros merah di kamar tidur, ia pasti akan membuatkan isteri teruja akan langkah seterusnya.

Spontan
Hadiahkan kejutan buat isteri kerana ramai wanita mempunyai fantasi terhadap suami mereka. Lakukan secara spontan dalam membawa si isteri untuk melakukan hubung intim tanpa perlu menyatakan langkah-langkahnya. Sebenarnya ia akan kelihatan sangat seksi bagi wanita.

KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan