
Banyak adab-adab yang kita tidak ketahui dalam melakukan persetubuhan kerana kita tidak banyak membaca atau tidak diajar kepada pasangan-pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Disini ingin saya sampaikan kepada kawan-kawan pembaca supaya mendapat panduan dan memperolehi kebahagian dalam berumahtangga nanti.
Perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh pasangan sebelum dan sesudah persetubuhan.
1. Memberus atau membersihkan gigi.
2. Sunat didahulukan dengan berwuduk.
3. Memakai wangi-wangian.
4. Mohon keampunan kepada Allah SWT.
5. Bercumbu-cumbuan bagi menaikan nafsu dan ghairah isteri terlebih dahulu.
6. Bila kedua pihak telah bersedia, hendaklah dimulakan dengan doa berikut yang diterjemahkan:
"Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkan syaitan dari apa yang engkau kurniakan kepada kami (anak)"
7. Jika suami telah keluar air mani terlebih dahulu dan sedangkan isterinya masih belum terpancar air maninya, hendaklah suami jangan cepat-cepat menarik zakarnya keluar sebelum isteri mencapai kepuasan (keluar air mani).
8. Disunatkan bersetubuh pada malam Jumaat dan Isnin.
9. Apabila selesai melakukan persetubuhan, jangan tergesa-gesa berdiri. Sebaik-baiknya hendaklah berbaring sebentar untuk denyutan jantung kembali normal.
10. Selepas melakukan persetubuhan hendaklah kemaluan masing-masing dibasuh, setelah itu berwuduk sebelum tidur.
11. Janganlah suami isteri saling melihat kemaluan antara satu sama lain.
12. Elakkan dari bertelanjang. Suami isteri digalakkan menanggalkan kesemua pakaian masing-masing, tetapi keduanya hendaklah menutup diri dengan sehelai selimut.
13. Adalah haram pada ketika melakukan persetubuhan, kedua suami atau isteri membayangkan pasangan orang lain (bukan isteri atau suaminya).
14. Janganlah melakukan azl tanpa kebenaran isteri. Azl bermaksud suami mengeluarkan air mani diluar kemaluan isterinya.
15. Disunatkan bagi suami berwuduk terlebih dahulu jika ingin mengulangi persetubuhannya.
16.Melakukan persetubuhan melalui dubur isterinya atau ketika isteri didatangi haid atau nifas adalah haram.
Wasallam





Tiada ulasan:
Catat Ulasan