
Pasangan yang telah bergelar suami isteri pastinya
menginginkan sesi intimasi yang sangat bermakna. Bagi mendapatkan pengalaman
yang memuaskan, sumber pemakanan juga didapati menjadi peranan dalam memberikan
nikmat seks yang memuncak samada suami ataupun isteri. Rangsangan semasa melakukan
hubungan intim adalah elemen penting dalam menyalurkan rasa nikmat dan
kepuasan serta klimaks buat pasangan suami isteri.
Sering kita dengar akan kebaikan tiram dalam
memberikan rangsangan seks, tetapi adakah anda tahu tentang makanan lain yang
juga berperanan dalam memberikan rangsangan ketika hubungan intim? Berikut
adalah jenis-jenis makanan untuk anda sertakan dalam menu anda nanti.
Minyak Zaitun
Membantu dalam menghasilkan testosterone
dalam badan. Ia juga khusus untuk wanita yang mengalami masalah untuk sampai
puncak klimaks.
Telur
Telur diperkaya dengan Vitamin B5 dan B6.
Ianya baik bagi mengimbangi tahap hormon dalam badan. Telur juga kaya dengan
protein untuk memberikan tenaga yang lebih ketika hubungan intim bersama suami
atau isteri.
Buah Oren
Berdasarkan keterangan pakar, Vitamin C
adalah komponen penting untuk menjaga kesihatan organ seks agar sentiasa dalam
keadaan sentiasa baik. Buah oren yang secara lazimnya mengandungi Vitamin C
yang tinggi dapat memastikan kesihatan tubuh badan termasuk organ yang bekerja
dalam melancarkan seks.
Makanan Kaya Dengan Zink
Beras perang dan daging merah adalah antara
sumber makanan yang kaya dengan Zink. Ia membantu dalam melambatkan proses
penghasilan prolactin, dan merangsangkan dinding vagina ketika hubungan intim.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan