Halaman

Khamis, 30 Julai 2015

Khasiat campuran madu dan kayu manis

Madu adalah satu-satunya makanan di dunia ini yang tidak akan rosak mahupun basi. Yang akan terjadi hanyalah ia ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya madu tetap madu.

Bagaimanapun apabila ditinggalkan ditempat gelap dan sejuk pada tempoh yang lama ianya akan menghablur ataupun kristallized. Jika ianya terjadi, didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas dan padamkan api dari terus menyala. Biarkan madu mencair secara biasa tanpa perlu dididihkan. Ia akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.


JANGAN didihkan madu atau dimasukkan ke dalam mikrowave. Ini akan mengakibatkan enzim-enzim berguna dalam madu menjadi rosak.

Syarikat ubat-ubatan moden tidak suka perkara ini heboh dalam masyarakat bahawa fakta menunjukkan campuran madu dan kayu manis BOLEH SEMBUHKAN HAMPIR SEMUA PENYAKIT. Madu boleh diperolehi di semua negara di dunia ini.

Para saintis juga menerima dan mengakui bahawa madu merupakan ubatan paling berkesan terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan TANPA SEBARANG KESAN SAMPINGAN untuk kebanyakkan jenis penyakit.

Sains moden juga menyatakan bahawa walaupun madu adalah manisan tetapi apabila ia diambil dengan dos yang betul sebagai ubat ianya tidak akan menimbulkan sebarang kesan buruk termasuk pengidap kencing manis.

Berikut ini adalah sebahagian kajian dari para saintis barat :

BARAH (KANSER) :
Kajian terbaru di Jepun dan Australia telah mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil 1 sudu madu bersama 1 sudu teh serbuk kayu manis setiap hari dan diamalkan 3 hari sekali selama satu bulan.


PENYAKIT JANTUNG :
Sediakan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti jem). Ia akan mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack).

Kepada mereka yang pernah diserang serangan jantung, apabila amalan ini dibuat secara harian ianya akan menjauhkan pesakit dari serangan seterusnya.

Jka perkara di atas diamalkan secara tetap, ianya akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan juga akan menguatkan jantung untuk mengepam darah.

Di Amerika dan Kanada kebanyakan jururawat di rumah telah merawat pesakit meraka secara jayanya.Didapati juga bahawa pada satu tahap umur pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang kekenyalannya (flexibiliti) dan akan mudah tersumbat. Campuran madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

TIDAK BERTENAGA:
Baru-baru ini terdapat kajian yang menunjukkan bahawa gula yang terkandung dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan tenaga berbanding gula buatan. Mereka yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan nisbah yang sama didapati bahawa meraka lebih peka dan fleksibel.

Dr. Milton yang menjalankan kajian ini menyatakan bahawa 1/2 sudu besar madu yang diminum bersama 1 gelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) mampu untuk mengembalikan kecerdasan badan dalam tempoh seminggu.
  
RADANG SENDI (ARTHRITIS) :
Pesakit radang sendi boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) secawan air suam bersama dengan 2 sudu teh madu dan sesudu serbuk kayu manis. Apabila ianya diambil secara tetap pesakit radang sendi juga boleh sembuh.

Dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen mereka mendapati bawa doktor-doktor merawat pesakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi.

Mereka mendapati bahawa dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya dalam tempoh seminggu dan dalam sebulan hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang sendi (arthritis) sudah berupaya untuk berjalan tanpa sebarang kesakitan.

JANGKITAN PUNDI KENCING:
Ambil 2 sudu serbuk kayu manis dan 1 sudu madu dalam air suam dan minum. Campuran tersebut mampu untuk membunuh kuman dalam pundi kencing.

KOLESTEROL :
2 sudu besar madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol. Ternyata kandungan kolesterol dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam.

Apabila ianya diambil sebanyak 3 kali sehari, sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mampu mengurangkan keluhan terhadap kolesterol.

ELAKKAN KELIHATAN TUA DARI UMUR :
Teh yang dicampur bersama madu dan serbuk kayu manis dan diambil secara tetap akan mengelakkan kerosakan yang disebabkan oleh bertambahnya usia. Pengambilannya adalah dengan mencampurkan 4 sudu teh madu 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk dan diamalkan 3 hingga 4 kali sehari.

Ianya mampu untuk mengekalkan ketegangan, kelembutan dan kesegaran kulit. Jangka hayat juga akan dipanjangkan dan mereka yang berusia 100 tahun sekalipun mampu memulakan aktiviti seperti mereka yang berusia 20 tahun.

(Di dalam Islam ada beberapa amalan untuk panjang umur iaitu amalkan campuran minuman diatas dan bersedekah serta menyambungkan silaturrahim.Insya Allah umur kita akan panjang)
 
SELESEMA :
Bagi mereka yang menghidap selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis dan diamalkan 3 kali sehari. Proses ini mampu menyembuhkan batuk dan membersihkan sinus (ruang udara dalam tengkorak di sekeliling hidung).

SAKIT PERUT :
Madu diambil bersama kayu manis mampu menyembuhkan sakit perut dan membersihkan atau menyembuhkan perut dari sebarang ulser.
Kembung perut (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

SISTEM IMUNITI :
Mengamalkan secara harian madu dan serbuk kayu manis mampu menguatkan sistem pertahanan badan (imuniti) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai jenis vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Mengamalkan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

TIDAK HADAM :
Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

INFLUENZA :
Saintis dari Sepanyol telah membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang akan membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari influenza.

11. SAKIT TEKAK :
Apabila tekak rasa tidak selesa ambil 1 sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga habis. Ulangi setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit atau ketidakselesaan.

JERAWAT :
3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis untuk dijadikan paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuh ketika bangun keesokan paginya dengan air suam. Jika diamalkan selama 2 minggu ianya akan membuang jerawat dari akarnya.

KURANG ATAU HILANG PENDENGARAN : 
Dengan mengamalkan campuran madu dan serbuk kayu manis dan diambil pada sukatan yang sama pada waktu pagi dan malam, ianya mampu untuk mengembalikan pendengaran.

HILANGKAN BERAT BADAN :
Minum madu dan serbuk kayu manis dalam air suam 1 jam setengah sebelum mengambil sarapan pagi, iaitu ketika perut kosong dan pada waktu malam sebelum tidur.

Jika diamalkan secara tetap ianya mampu untuk mengurangkan berat badan walaupun pada mereka berat badan yang berlebihan. LEMAK TIDAK AKAN DIBENARKAN UNTUK BERKUMPUL di dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalorinya.

JANGKITAN KULIT :
Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam kadar yang sama pada kulit yang terkesan. Ia mampu menyembuhkan ekzema dan semua jenis jangkitan kulit.

SUKAR UNTUK BERNAFAS :
Masyarakat di Amerika Selatan berkumur dengan campuran 1 sudu madu dan serbuk kayu manis bersama air suam sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi. Amalan ini membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif


KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan